July 02, 2014

Aku perantau

Salam everyone.
Firstly, i think its not to late to wish Happy Ramadhan to all Muslims in the world.
Alhamdulilah, hari ni da masuk hari ke-4 berpuasa.

Tahun ni merupakan tahun kedua berbuka di perantauan, nun jauh dari semenanjung.
Kedatangan Ramadhan sedikit sebanyak membangkitkan kesayuan hati.
Sedih bile teringat kat adik-adik.
Macam mana la makan minum diorang.
Tahun ni puasa pertama mereka tanpa mami.
Tiada orang yg kejutkan sahur utk mereka, tiada orang yang akan masakkan mskn yg enak utk mereka.
Sungguh, mengalir air mata saat menunaikan Tarawih yang pertama.
Memikirkan nasib adik-adik buat jiwa meronta nak pulang ke semenanjung.
Kalau dekat boleh aku mengubat kerinduan mereka kpd arwah mami.
Atau mungkin aku boleh tengokkan makan pakai mereka.
Tuhan tugaskan aku di sini pasti ada hikmah, jauh dari keluarga walaupun mereka sgt memerlukan aku.

Moga Allah satukan kami sekeluarga mungkin bukan tahun ni, mungkin tahun depan atau tahun-tahun yg akan datang.
Apa pun aku tetap tegar menunggu penuh harapan.

Ya Allah ,jagakanlah kesayanganku yg jauh di mata.
T_T
Tekan Sini Sayang!:)